Mata adalah antara ni'mat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. yang tiada ternilai. 'Ulama ada menyebut, amal 'ibadat yang dilakukan selama 500 tahun pun belum mampu melebihi berat ni'mat pandangan sebelah mata apabila kedua-duanya ditimbang. Hal ini dapat dipelajari daripada kisah seorang ahli ibadat yang meminta kepada Allah agar dia dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab amalannya tersebut, dan bukannya dengan rahmat Allah.
Berhubung dengan usaha hafazan Al-Quran, bagaimanakah mungkin hati yang penuh dengan noda ma'siat hasil daripada pandangan haram dapat menerima ayat Al-Quran, maka lebih-lebih lagi untuk menjaganya dengan baik dalam ingatan?
Berikut dimuatkan sebuah hadits qudsi yang mulia berkenaan pandangan mata, mudah-mudahan memberikan manfaat kepada kita dengan izin Allah s.w.t.
"Pandangan mata itu adalah sebuah anak panah daripada panah-panah Iblis. Maka barangsiapa meninggalkannya (mengelakkannya daripada melihat wanita) kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku ganti dengan iman yang dirasakan lazat-manisnya dalam hatinya."Riwayat Thabrani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud.
No comments:
Post a Comment